Followers

Thursday, March 8, 2012

SePI TAnpa BeriTA..........

Assalamualaikum....

Jam skang menunjukkan 12.55am....lama sangat dah aku tak mengarut dlm blog aku ni, dah naik miong aku tgk keadaan 'umah' aku ni..bersarang siap dgn tebuan sekali....diam tak diam dah hampir 9 bln aku tak hupdate apa2..dek kerana kekangan dlm hidup seharian membuatkan aku terpaksa melupakan blog utk sekian lamanya...tapi entah kenapa mlm ni terasa rindu plak nk menaip....terasa rindu nk bercerita, berceloteh, terasa nk lawat blog org..terasa nk gelak baca blog yg kelakar, dan terasa nk berkongsi pahit manis dlm kehidupan  yang aku lalui sepanjang aku bercuti dr alam blogger ni....

Setelah aku meletakkan jawatan dalam syarikat yang sangat berjasa kepada aku selama hampir 10 tahun berkhidmat, akhirnya aku terpaksa pergi demi keluarga, dan yang paling penting demi anak2 yang semakin membesar....setelah 9 bulan bekerja sendiri baru la aku rasa bertapa susahnya nk mencari rezeki dengan kudrat sendiri, bertapa susahnya nk menjaga pekerja2, dan juga yang PALING penting bertapa aku harus banyak berpikiran positif...bukan apa kl dolu2 bekerja dgn org, semuanya aku pk, arghhhh biar la, bukan company aku pun, argggghh lantak la....yg kaya org atas, aku cm ni jugak.....(jahatkan aku)...10 taon bekerja, bagaimanakah rezeki aku yang dihitung oleh Allah....HALALKAH?? byk curi tulang,byk bg alasan.....YA Allah Kau ampuni la segala dosa2 ku ini....

Haaaaaaaaaaaaaa dan sekarang aku harus merasai bagaimana pekerja aku buat kat aku....bagaimana ikhlasnya diorg bekerja dgn aku....tak mudah utk aku dapatkan pekerja2 yg sangat tulus .....tp itu lah hakikatnya....aku harus tempuh, harus banyak bersabar....mujur la aku ada 'HERO' yang selalu bagi aku semangat tatkala aku dilanda masalah...DIA banyak memberi aku semangat yang tak putus2...

So, ok la untuk starting lebaran baru aku ni yek...banyak lagi yang nk dikongsikan ...tapi TUNGGU....aku akan hupdate plahan2, sket2 kisah2 suka duka aku SEORANG wanita yang begelar

ISTERI

MAMA

ANAK

DANNNNNNNNN
.
.
.
.
PENGURUS 

jumpa lagi di next entry...


1 comment:

  1. insyaallah..usaha tangga kejayaan..mana tau esok esok kisah ko akan jadi ikutan aku lak satu hari nanti... gud luck my prenn..

    ReplyDelete

Labels

:( (1) luv (1)